FAM sedang berusaha menyelesaikan isu hak pengiaran Liga-M

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) belum mendapat kata muktamad bagi menyelesaikan isu berhubung hak penyiaran perlawanan dan pembayaran royalti persatuan bola sepak di negara ini.

Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata pelbagai perkara perlu diteliti sebelum keputusan berhubung isu itu dibuat antaranya meneliti kontrak terdahulu bersama pihak ASTRO.

Dalam pada itu, FAM akan memanggil semua presiden persatuan bola sepak dalam masa terdekat bagi menyelesaikan isu tersebut dan akan memastikan semua persatuan bolasepak bersetuju dan berpuas hati berkenaan kaedah penyelesaian isu hak penyiaran ini kelak.

Tahun lepas, hak penyiaran Liga-M adalah milik Astro, namun ianya tidak diperbahrui buat tahun ini yang mana menyaksikan FAM mengikat perjanjian dengan MP & Silva sebagai penaja baru Liga-M.

Sumber: BERNAMA

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top