FAM akui membatalkan Liga Malaysia adalah antara pilihan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengakui bahawa membatalkan Liga Malaysia adalah merupakan antara pilihan yang sedang dipertimbangkan untuk musim 2020 ini.

Ini ekoran penularan pandemik Covid-19 yang mana telah menyaksikan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

New Straits Times melaporkan bahawa Presiden FAM, Datuk Hamidin Amin, yang juga merupakan presiden Malaysia Football League (MFL) sebagai berkata antara pilihan lain yang sedang dipertimbangkan adalah memendekkan durasi liga, dan mengubah format Liga Malaysia dan pertandingan lain

Menurut beliau, keselamatan pemain, jurulatih, penyokong dan staf sokongan adalah perkara utama dan pihaknya akan mengikuti arahan dan panduan Kementerian Kesihatan dan agensi berkaitan apabila mengambil keputusan.

Beliau turut mengesahkan FAM akan mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung perkara ini dalam masa terdekat.

Buat masa ini, FAM dan MFL telah mencadangkan tiga tarikh untuk menyambung semula liga Malaysia, yakni 1 Mei, 1 Jun dan 1 Julai.

“Kami sedang melihat kepada banyak kemungkinan. Membatalkan Liga Malaysia musim ini, dan memendekkan durasi pertandingan adalah antara pilihan yang sedang dipertimbangkan” kata Hamidin kepada New Straits Times.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top