EURO 2016 bakal bermula esok, dan pasti ramai yang mahu tahu pasukan manakah bakal menjadi pilihan untuk memenangi kejohanan berprestij ini.
Di sini, kami di SarawakCrocs cuba memberi sedikit intipati dan pendapat berkenaan kumpulan-kumpulan yang ada, dan pasukan manakah yang kami jangka akan melangkah ke pusingan seterusnya.
Tidak bersetuju dengan pendapat kami? Bah, tinggalkan komen ada di ruangan komen.
KUMPULAN D:
Juara bertahan Sepanyol akan perlu berusaha keras pada kejohanan kali ini, terutama sekali apabila mereka diletakkan bersama pasukan sama hebat seperti Republik Czech, Turkey dan Croatia. Kumpulan ini sukar diramal, sungguhpun ramai berpendapat Sepanyol akan berupaya memasuki pusingan seterusnya. Turkey juga dijangka layak ke peringkat seterusnya sebagai pasukan tempat ketiga terbaik.




Nice ! thanks a lot :p