EURO 2016 bakal bermula esok, dan pasti ramai yang mahu tahu pasukan manakah bakal menjadi pilihan untuk memenangi kejohanan berprestij ini.
Di sini, kami di SarawakCrocs cuba memberi sedikit intipati dan pendapat berkenaan kumpulan-kumpulan yang ada, dan pasukan manakah yang kami jangka akan melangkah ke pusingan seterusnya.
Tidak bersetuju dengan pendapat kami? Bah, tinggalkan komen ada di ruangan komen.
KUMPULAN C
Pasukan Jerman turun sebagai pilihan utama untuk memenangi kejuaraan EURO 2016 kali ini dan mereka dilihat tidak mempunyai masalah untuk terus ke peringkat Separuh Akhir pertandingan. Sungguhpun demikian, Poland telah menunjukkan aksi yang sangat meyakinkan pada perlawanan peringkat kelayakan dengan hanya tewas sekali. Adalah dijangkakan bahawa Ukraine akan memasuki pusingan seterusnya melalui merit sebagai antara pasukan tempat ketiga terbaik.




Nice ! thanks a lot :p