EURO 2016 bakal bermula esok, dan pasti ramai yang mahu tahu pasukan manakah bakal menjadi pilihan untuk memenangi kejohanan berprestij ini.
Di sini, kami di SarawakCrocs cuba memberi sedikit intipati dan pendapat berkenaan kumpulan-kumpulan yang ada, dan pasukan manakah yang kami jangka akan melangkah ke pusingan seterusnya.
Tidak bersetuju dengan pendapat kami? Bah, tinggalkan komen ada di ruangan komen.
KUMPULAN E:
Belgium membawa ramai pemain ternama ke EURO 2016, namun persoalannya adalah adakah mereka ini mampu menterjemahkan ‘status pemain bintang’ ini kepada kejuaraan? Di dalam Kumpulan E, Belgium dilihat tidak menghadapi masalah untuk ke pusingan 16 terakhir, dengan Itali dan Sweden bersaing untuk slot kedua. Salah satu di dalam kumpulan ini dijangka layak ke pusingan 16 terakhir sebagai pasukan tempat ketiga terbaik.




Nice ! thanks a lot :p