EURO 2016: Analisis kumpulan dan pasukan

EURO 2016 bakal bermula esok, dan pasti ramai yang mahu tahu pasukan manakah bakal menjadi pilihan untuk memenangi kejohanan berprestij ini.

Di sini, kami di SarawakCrocs cuba memberi sedikit intipati dan pendapat berkenaan kumpulan-kumpulan yang ada, dan pasukan manakah yang kami jangka akan melangkah ke pusingan seterusnya.

Tidak bersetuju dengan pendapat kami? Bah, tinggalkan komen ada di ruangan komen.

KUMPULAN A:

Group APasukan Perancis merupakan pasukan pilihan di dalam Kumpulan A. Pasukan yang juga digelar Les Blues ini dilihat bakal mudah meletakkan diri di persada kumpulan dan memasuki pusingan 16 pasukan terakhir. Selain daripada itu, Perancis juga dilihat sebagai pilihan juara EURO 2016, tambahan lagi selaku tuan rumah kejohanan. Switzerland dijangka memasuki pusingan seterusnya bersama Perancis manakala dua pasukan lagi, Albania dan Romania dilihat perlu bekerja keras untuk bersaing.

 

KUMPULAN B:

Group bEngland sudah pasti menjadi pilihan ramai di dalam Kumpulan B, namun pasukan Inggeris tersebut belum pernah memenangi perlawanan pertama mereka di peringkat Eropah. Kegagalan England memenangi perlawanan pertama akan memberi impak kepada kumpulan ini yang mana menyaksikan Russia turun sebagai pilihan kedua di dalam kumpulan. Walaubagaimanapun, Slovakia yang layak ke pertandingan EURO buat pertama kali boleh melakukan kejutan, bersama juga pasukan Wales yang sudah pasti akan lebih yakin pada pertandingan kali ini.

 

KUMPULAN C

Group cPasukan Jerman turun sebagai pilihan utama untuk memenangi kejuaraan EURO 2016 kali ini dan mereka dilihat tidak mempunyai masalah untuk terus ke peringkat Separuh Akhir pertandingan. Sungguhpun demikian, Poland telah menunjukkan aksi yang sangat meyakinkan pada perlawanan peringkat kelayakan dengan hanya tewas sekali. Adalah dijangkakan bahawa Ukraine akan memasuki pusingan seterusnya melalui merit sebagai antara pasukan tempat ketiga terbaik.

 

KUMPULAN D:

Group dJuara bertahan Sepanyol akan perlu berusaha keras pada kejohanan kali ini, terutama sekali apabila mereka diletakkan bersama pasukan sama hebat seperti Republik Czech, Turkey dan Croatia. Kumpulan ini sukar diramal, sungguhpun ramai berpendapat Sepanyol akan berupaya memasuki pusingan seterusnya. Turkey juga dijangka layak ke peringkat seterusnya sebagai pasukan tempat ketiga terbaik.

 

KUMPULAN E:

Group EBelgium membawa ramai pemain ternama ke EURO 2016, namun persoalannya adalah adakah mereka ini mampu menterjemahkan ‘status pemain bintang’ ini kepada kejuaraan? Di dalam Kumpulan E, Belgium dilihat tidak menghadapi masalah untuk ke pusingan 16 terakhir, dengan Itali dan Sweden bersaing untuk slot kedua. Salah satu di dalam kumpulan ini dijangka layak ke pusingan 16 terakhir sebagai pasukan tempat ketiga terbaik.

 

KUMPULAN F:

Group FPortugal mempunyai kekuatan yang cukup untuk layak ke peringkat 16 terakhir dengan saingan slot kedua berlaku di antara Austria, Hungary dan Iceland. Austria walaupun dilihat mempunyai kelebihan berdasarkan corak permainan yang lebih tersusun, disamping rekod perlawanan lepas.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top