Perkembangan politik di United Kingdom (UK) hari ini bakal menyaksikan Liga Perdana Inggeris (EPL) ditimpa masalah lebih besar.
Ini adalah ekoran banyak pemain di dalam liga tersebut adalah pemain daripada benua Eropah, dan perkembangan hari ini yang menyaksikan pemain tersebut menghadapi masalah permit untuk bermain di England, yang merupakan sebahagian daripada UK.
Keputusan penduduk UK untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) hari ini bermaksud keistimewaan pergerakan yang wujud di antara pemain dari negara-negara EU akan turut tersekat ekoran penarikan keistimewaan permit bekerja warga bukan UK, sekaligus menyaksikan pemain-pemain bukan dari UK menghadapi masalah besar.
Ini adalah berdasarkan kriteria sedia ada Pejabat Dalam Negeri UK yang mana menyatakan bahawa seseorang pemain bukan EU perlu bermain untuk pasukan kebangsaannya melebihi peratus minima yang ditetapkan, sebelum mereka boleh bermain untuk mana-mana pasukan di dalam Liga Inggeris.
Jika peraturan ini digunapakai, lebih 100 pemain yang kini bermain di Liga Inggeris akan menghadapi masalah untuk bermain di Liga Inggeris.
Selain daripada itu, Liga Inggeris, khususnya kelab-kelab di dalam EPL juga akan dijangka terpaksa membayar harga lebih tinggi untuk mendapatkan pemain baharu dari negara ahli EU ekoran pengecilan sumber untuk mendapatkan pemain, dan juga persaingan sengit di antara kelab-kelab.
Sebelum ini, penyertaan UK di dalam EU telah membolehkan pemain-pemain seperti Dimitri Payet, N’Golo Kante, Christiano Ronaldo dan Anthony Martial menyertai pasukan Liga Inggeris tanpa perlu bermain untuk pasukan kebangsaan mereka.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Kalau swk keluar dri msia habis lah malaya
Pahal Britain mok kuar???
Yeah 🙂
Hmmmm…kputusan mok kluar tok berkait ngan sukan ka semua sekali? Mcm australia, nya still under oceania group wlpun utk bola nya under afc…
nyak……mau ambil balik empayar…dolo….barangkali jua…nek tahu ada berminat ngambi anaknya sarawakian ….spiro de dom….
Yup
agi bagus…kita tok kan anak british…dolo….
kita semua jangan lupa empayer bristish paling besar di dunia dolo…..
Yup Cool ! :
Nice thanks