Sebanyak empat pemain dari Kolej Vokasiaonal Miri akan mewakili pasukan Majlis Sukan Kolej Vokasional Malaysia pada Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2019 yang akan berlangsung pada 17 – 24 Ogos kelak.
Keempat-empat pemain KV Miri ini akan disertai jurulatih mereka, Hakimi Man.
Menurut maklumat yang kami perolehi, pemain-pemain bola sepak yang terpilih adalah:
- Rick Lihan Raymond
- Shaimond Lian Lileng
- Stanley Joeman Paran
- Vincent Cigar Yahaya
Keempat-empat pemain tersebut akan menyertai senarai 29 orang pemain bola sepak lain yang terpilih daripada kolej vokasioanl seluruh negara.
Sukan SIPMA 2019 adalah satu temasya yang mengumpulkan institusi-institusi pendidikan di Malaysia dengan acara-acara sukan dipertandingkan. Ia melibatkan lebih 1,344 orang atlet dan 800 orang pegawai.
Untuk SIPMA 2019, lapan sukan lain dipertandingkan termasuk bolasepak. Sukan-sukan lain adalah squash, badminton, olahraga, renang, bola jaring, hoki dan tenpin boling.
Sukan tersebut akan berlangsung di sekitar lembag Klang dan pemain dijangka melaporkan diri untuk latihan pusat pada 8 Ogos ini.