Laman online vocketfc hari ini mengkhabarkan bahawa hadir masalah permbayaran di kalangan pemain bola sepak Sarawak FA.
Laman web berbahasa Malaysia itu mendakwa terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa pemain bola sepak Sarawak FA belum dibayar gaji.
Turut diletakkan sebagai asas kepada andaian perkhabaran tersebut adalah ‘screen shot’ dari beberapa pemain Sarawak sendiri.
Salah satu screen shot anda boleh lihat dibawah.
VocketFC mendakwa bahawa “Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dikhabarkan sedang menghadapi tunggakan gaji pemain selama empat bulan.”
MFL dalam pada itu ada menyebut bahawa Sarawak FA adalah antara pasukan yang wang gerannya telah dipotong bagi melangsaikan masalah tunggakan gaji.
Masalah kelewatan pembayaran gaji di kalangan pemain Sarawak FA seringkali menjadi sebutan peminat, namun belum ada pemain pasukan tersebut pada musim ini tampil secara terang-terangan mengiyakan berita tersebut.
Walaubagaimanapun, sebelum ini, bekas pemain asing Sarawak FA sudahpun mendedahkan bahawa FAS masih berhutang kepada mereka biarpun mereka telah berhijrah.
Jka benar ada masalah pembayaran gaji, adalah diharap pihak FAS segera bertindak kerana kebajikan pemain adalah tanggungjawab majikan.