Elavarasan: Tiada perlawanan persahabatan kompetitif bukan alasan

Sarawak United yang dijadualkan bertemu Perak 2 kelak tidak mahu menggunakan alasan ‘tidak cukup persediaan’ sebagai punca pasukan tersebut harus menyerah kalah di dalam Liga Malaysia.

Liga Malaysia yang akan bersambung pada 28 Ogos ini bakal menyaksikan Sarawak United ke Stadium Majlis Perbandaran Manjung bagi menentang Perak 2 pada 29 Ogos.

Menurut Elavarasan, ketiadaan perlawanan persahabatan kompetitif bukanlah alasan untuk pasukan beliau menyerah kalah.

Malah, jurulatih berpengalaman itu yakin bahawa pasukan yang beliau latih akan memberikan segalanya dan akan bersaing dengan sebaiknya kelak.

“Kami sedar ia bukan tugas mudah, apatah lagi dalam keadaan persiapan kami tanpa perlawanan kompetetif.” kata Elavarasan kepada Suara Sarawak.

“Tetapi itu bukan alasan untuk kami menyerah mudah.  Kami akan memberikan tentangan hebat.”katanya lagi.

Sarawak United sebelum ini telah dijangka akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Sabah FA, namun ianya dibatalkan apabila jumlah kes Covid-19 meningkat di Kuching.

Ini telah menyaksikan kerajaan Sarawak memperketatkan kawalan kemasukan ke Sarawak, sekaligus menyaksikan pasukan Sarawak United tidak dapat menjemput mana – mana pasukan ke Kuching untuk sesi perlawanan persahabatan.

IKLAN: Sertai Pertandingan FPL, Liga FPLFC 2020/21 oleh SarawakCrocs sekarang dan menangi wang tunai bernilai RM2,500. Untuk info lanjut, hubungi 0128086262 (KIM) atau 0168756183 (REAL).

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top