Elavarasan mahu pasukan konsisten apabila menentang Kuching City

Ketua jurulatih Sarawak United, E. Elavarasan, menjangkakan pasukan seteru setempatnya, Kuching City FC, tidak akan mendabik dada apabila pasukan bimbingannya bertemu untuk pertama kali pada hari ini di dalam Liga Premier.

Menurut Elavarasan, beliau menjangkakan Kuching City akan berdisiplin tinggi apabila menentang pasukan bimbingannya esok.

Beliau juga percaya bahawa Kuching City akan bekerja keras bagi memastikan kedudukan mereka dalam Liga Premier diperbaiki.

“Saya menjangkakan Kuching City akan bermain secara berdisiplin ketika mereka menentang kita kelak.” kata Elavarasan kepada akhbar Borneo Post.

“Mereka akan bekerja keras untuk memastikan mereka boleh memperbaiki kedudukan mereka di dalam liga” jelasnya lagi.

Elavarasan dalam pada itu menegaskan bahawa pertembungan pasukan beliau dengan Kuching City kelak tidak akan menyaksikan sebarang strategi khas diberikan kepada kepada pemainnya.

Malah, jurulatih berpengalaman itu dilaporkan mahukan pemainnya terus fokus dengan memberikan yang persembahan terbaik bagi memastikan kejuaraan liga mungkin digapai musim ini.

Sarawak United kini di landasan betul untuk menjuarai liga selepas memungut mata penuh dari dua perlawanan di Liga Premier.

Pasukan yang dimiliki Persatuan Bolasepak Sarawak itu kin idi kedudukan kedua Liga Premier dengan kelebihan satu prlawanan.

Lawannya malam ini, Kuching City pula kini berada di kedudukan ke-sembilan liga sama.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top