LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Yang Berhormat Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah yang telah sebelum ini melahirkan kekecewaanya terhadap situasi di Sarawak United telah juga melahirkan kegembiraanya terhadap apa yang berlaku kepada Kuching City, yang juga merupakan satu lagi pasukan dari Sarawak.

Rakaman beliau berkata demikian dikongsikan oleh SukanSarawak, yang mana beliau mengakui baru sahaja mendapat perkhabaran bahawa Sarawak United gagal mendapat Lesen Kebangsaan untuk bermain di Liga Super musim hadapan.

“Saya pun baru dapat tahu bahawa Sarawak United dan Melaka United tidak diberi permit untuk terlibat dalam Liga Super tahun depan ekoran kegagalan mengurus kewangan dan juga persatuan dengan baik.

“Ini sesuatu yang menyedihkan kerana bola sepak adalah sukan nombor satu kita.” kata Karim.

Dalam pada itu, Karim juga memuji Kuching FA (City) yang beliau ibaratkan sebagai berjaya menunjukkan mereka diuruskan dengan baik.

“Tetapi kita masih gembira kerana masih ada satu pasukan dari Sarawak walaupun mereka tidak menggunakan nama Sarawak.

“Kuching FA, mereka masih di sana.

“Mereka nampaknya berjaya menguruskan diri dengan baik.” katanya lagi.