Sabah dijangka bakal menyaksikan sebanyak tiga pasukan mewakili negeri berkenaan pada musim 2016 apabila dua lagi pasukan telah ditubuhkan khas untuk tujuan menyertai Liga FAM.
Dua pasukan baru yang dijangka menyertai Liga FAM tersebuat adalah Diamond is Your System F.C atau lebih dikenali sebagai DYS FC, dan Kadazan Dusun Murut Malaysia F.C.(KDM Malaysia FC).
Adalah difahamkan DYS FC dan KDM Malaysia FC kini giat mengadakan sesi pemilihan pemain secara terbuka di sekitar Sabah dengan kelab KDM Malaysia dijangka melakukan sesi pemilihan mereka di Kepayan esok (3 Disember).
Kedua-dua pasukan tersebut dilihat memasang impian melayakkan diri ke Liga Super dalam jangka masa panjang dan abakal memulakan langkah menerusi penyertaan di Liga FAM.
Untuk rekod, Liga FAM merupakan liga Divisyen Tiga di dalam sistem Liga Malaysia dan ianya mempunyai pasukan terbanyak di anata tiga liga utama yang dikendalikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).