Dua nama telah dikaitkan oleh peminat bolasepak Sarawak dengan kerusi Ketua Jurulatih yang ditinggalkan oleh K Rajagobal semalam.
Menurut beberapa sumber media sosial, terutama laman web berkisar tentang bolasepak Sarawak, B Sathianathan dan bekas pengendali Sarawak, Hj Zaki Sheikh Ahmad telah menjadi sebutan bakal pengisi kerusi panas tersebut.
B Santiathan bukanlah muka asing di dalam bolasepak Malaysia dengan jurulatoh tersebut membawa Kelantan memenangai Piala Malaysia pada tahun 2010, dan ATM FA memenangi Liga Premier pada tahun 2012. Beliau juga pernah dinobatkan Anugerah Jurulatih Terbaik pada tahun 2010 dan 2012.
Sementara itu, Hj Zaki adalah nama yang tidak asing lagi di kalangan peminat setia bolasepak Sarawak.
Jurulatih yang berasal dari Negeri Sembilan itu membimbing pasukan Bujang Senang bermula tahun 2009, dan telah berjaya membawa Sarawak menjadi satu pasukan berasaskan pemain tempatan Sarawak, yang digeruni di Liga Premier. Sungguhpun demikian, jodoh Hj Zaki tidak lama bersama Sarawak apabila beliau diketepikan pada Mac 2011 oleh FAS yang mana memilih untuk mengambil Robert Alberts. Adalah dikhabarkan kepada kami bahawa Hj Zaki sangat kecewa dengan tindakan tersebut dan telah dikatakan tidak mahu kembali ke Persatuan Bolasepak Sarawak. Sungguhpun demikian, laman web SSBNTGY kelmarin memaklumkan bahawa Hj Zaki sedia untuk kembali ke Sarawak jika beliau diberi peluang.
Selain daripada Sathianathan dan Hj Zaki, bekas jurulatih JDT, Bojan Hodak dan jurulatih interim kini, David Usop, turut dikaitkan dengan tugas yang ditinggalkan K Rajagobal itu.