Dua bekas pemain Sarawak FA tampil mendedahkan mereka belum dibayar

Selepas penafian demi penafian dibuat oleh pihak Persatuan Bolaseapk Sarawak (FAS) berkenaan masalah gaji, hari ini, dua bekas pemain import Sarawak FA tampil membuat kenyataan paling berani berhubung isu tersebut.

Mateo Roskam dan Milos Raickovic Rai hari ini mendakwa bahawa pihak persatuan tersebut masih lagi berhutang dengan mereka.

Pendedahan ‘mengejutkan’ itu dibuat melalui satu artikel ekslusif oleh laman web Semuanya Bola.

Jumlah hutang tidak dinyatakan oleh kedua-dua pemain, namun kedua-duanya mengakui bahawa tunggakan gaji adalah sekurang-kurangnya tiga bulan.

Menurut artikel tersebut, Raickovic mendakwa sudah menunggu lebih 10 bulan untuk dibayar dan beliau mendakwa bahawa pihak FAS telah saban kali memberi janji kosong berhubung tarikh pembayaran tungakkan gaji.

Raickovic turut mendakwa bahawa isu pembayaran gaji ini bukan sahaja melibatkan dirinya dan Roskam, tetapi juga melibatkan pemain lain dalam pasukan Sarawak.

Beliau walaubagaimanapun mendakwa bahawa jumlah dan tempoh tunggakan adalah berbeza megikut pemain.

Roskam dalam artikel itu mendakwa bahawa pihak FAS masih belum melunaskan bayaran gaji beliau selama tiga bulan.

Roskam juga nyata kecewa dengan tindakan FAS yang beliau dakwa cuba menutup masalah tersebut.

Beliau dipetik sebagai berkata “Masalahnya mereka [FAS] bercakap seolah-olah mereka telah menjelaskan [bayaran] itu semua. Seolah-olah semuanya dalam keadaan baik, tetapi hakikatnya tidak.”

Laporan Semuanya Bola itu turut mengesahkan bahawa Roskam telah juga membuat laporan ke pihak Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM).

Untuk membaca keseluruhan ekslusif Semuanya Bola, anda boleh ke pautan ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top