Jurulatih Pahang FA Dollah Salleh mengakui bahawa bermain di Sarawak adalah sukar bagi pasukannya, khususnya pemain muda.

Dollah berkata demikian apabila ditanya oleh Astro Arena berkenaan samada pasukannya akan menghadapi masalah bermain di Stadium Shah Alam pada Ahad ini untuk perlawanan akhir Piala Malaysia.

SarawakCrocs Fantasy Premier League 2019/20

Minggu lepas, Dollah kelihatan resah apabila Sarawak mengusai perlawanan dalam perlawanan timbal balik Separuh Akhir Piala Malaysia di Stadium Negeri.

Keresahan Dollah semakin jelas apabila Sarawak berjaya meledakkan goal pertama perlawanan, dan berterusan mengasak kubu Pahang tanpa putus.

Sungguhpun demikian, segalanya terbukti milik pasukan Pahang apabila pemain gantian Fauzi Roslan mudah menanduk masuk bola ke gawang Sarawak, dan sekaligus menewaskan harapan Sarawak untuk ke final Piala Malaysia selepas 13 tahun.

Gambar ehsan Astro Arena