Desakan pengunduran semakin kuat

Laman sosial bola sepak Sarawak kini semakin panas ekoran hadirnya ura – ura bahawa wujud desakan kuat untuk Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Posa Majais diganti.

Posa sebelum ini telah menyatakan kesediaannya untuk mengundur diri, namun dia mahukan penggantinya bersetuju bertanggungjawab ke atas kedua – dua FAS dan kelab bola sepak profesional Sarawak United.

Adalah difahamkan daripada komen – komen dan juga khabar angin yang didengari, desakan yang hadir kini adalah untuk Posa hanya melepaskan jawatan selaku Presiden FAS, dan Sarawak United kekal sebagai milik tunggal beliau.

Daripada pemahaman kami berdasarkan komen dan khabar yang didengari, hadir peminat yang merasakan adalah tidak wajar FAS ‘disatukan’ dengan Sarawak United, dan seharusnya Sarawak United tidak lagi dilibatkan secara langsung dengan FAS.

Dalam perkembangan berkaitan, laman facebook bola sepak Shoot Sampe Bisak Net juga telah memuat naik status yang memberi bayangan bahawa hadirnya ahli gabungan FAS yang mahukan Setiausaha Agung FAS, Paza Dan, memanggil Mesyuarat Agung Tahunan bagi membincangkan hala tuju bola sepak Sarawak.

Samada desakan dan khabar ini adalah benar, hanya masa akan memastikannya.

Sungguhpun demikian, jika benar dakwaan khabar di laman sosial, tahun hadapan sudah pasti akan menyaksikan ‘drama’  menarik daripada bola sepak Sarawak.

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top