Penolong jurulatih Sarawak FA, Denny Da’ail melahirkan kekecewan beliau kerana pasukan bimbingannya gagal membawa sebarang mata dari Pasir Gudang malam tadi.
Sarawak tewas 3-1 kepada Johor Darul Ta’zim FC II (JDTII) biarpun mendahului pada awal minit ke-4.
Dalam sesi temubual selepas perlawanan, Denny mengatakan ada ketika sepeti Sarawak hampir berjaya menyaingi JDTII, namun beberapa kesilapan individu menyaksikan Sarawak melepaskan gol di dalam perlawanan Challenge Cup tersebut.
Denny juga berkata Sarawak mempunyai banyak peluang keemasan pada babak pertama, namun iaya gagal disempurnakan oleh pemain-pemainnya.
IKLAN: Sertai SarawakCrocs Fantasy Premier League (ScFPL) dan berpeluang memenangi hadiah berjumlah tunai lebih RM2,000. MAKLUMAT SELEBIHNYA DI SINI.
Dalam pada itu, Denny sekali lagi menegaskan bahawa pasukan Sarawak mahu melangkah sejauh yang mungkin di dalam Challenge Cup musim.
Beliau bagaimanapun tetap dengan pendiriannya bahawa pertandingan tersebut akan digunapakai sebagai aksi persediaan ke arah ‘play-off’ Liga Premier kelak yang mana diibaratkan adalah lebih penting.
Denny dipetik berkata “Hampa kerana tidak dapat membawa balik mata. Ada ketika nampak boleh melakukannya cuma kesilapan individu memberi gol kepada JDT.
“Tapi dari segi perlawanan tadi, kita tengok dorang banyak juga menyerang tetapi kita tidak dapat ‘convert’.
“Kita sasarkan untuk pergi sejauh yang mungkin di dalam Challenge Cup, di samping persediaan untuk ‘play-off’ Liga Premier. Itu yang lebih penting.”
Ikuti kami di Instagram: www.instagram.com/sarawakcrocs