David Usop vs B Santianathan 

Pasukan Sarawak FA yang dibimbing David Usop perlu menang malam ini bagi menjarakkan diri dari kelompok terbawah liga. 

Felda United yang kini mengalami nasib terumbang ambing di Liga Super dikhabarkan oleh akbar tempatan ingin memastikan mata penuh milik mereka, terutama sekali dengan B Santianathan kini menjadi jurulatih mereka. 

Di bawah Santianathan, Felda belum pernah kalah sejak 21 Februari, tarikh Santianathan dilantik menjadi jurulatih pasukan dari Pahang itu. 

Walaubagaimanapun, berdasarkan rekod, pasukan The Fighters tidak kebal di Stadium Tun Razak yang menggunakan padang sintetik, namun kelajuan bola dan ketidakbiasaan bermain di padang buatan seperti itu berkata boleh mengundang masalah sekiranya Sarawak FA tidak berhati-hati.

Ianya juga bukan rahsia Sarawak FA telah kerap mengadakan latihan di padang sintetik sejak musim lalu, dan ini sedikit sebanyak akan membantu Sarawak bermain menentang Felda malam ini. 

Dalam pada itu, David Usop kini mempunyai peluang juga untuk menunjukkan kedatangan beliau sebagai pendatang baharu Liga Super bukan bermakna beliau kekurangan pengetahuan apabila menentang jurulatih berpengalaman seperti B Santianathan. 

Sarawak FA akan bertarung dengan Felda United malam ini pada jam 9Malam dengan perlawanan tersebut disiarkan secara langsung di TV9. 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top