Jurulatih sementara Sarawak, David Usop menyatakan bahawa beliau sedikit risau berkenaan cuti panjang yang kini dilalui pasukan-pasukan Liga Malaysia.
Menurut David, cuti panjang ini mungkin akan menjejaskan momentum Sarawak yang baharu menemui rentak kemenangan.
Dalam perkembangan sama, David turut memberi pujian kepada semangat juang anak buahnya, sambil menyifatkan kemenangan yang diperolehi adalah hasil usaha keras pemainnya.
Sambil menyifatkan dua kemenangan yang perolehi adalah ‘kemenangan biasa’, David mengulas bahawa beliau hanya meneruskan perancangan Rajagobal sebelum ini.
David yang mengambil alih daripada Rajagobal baru-baru ini, telah membantu Sarawak memenangi dua perlawanan terbaru, sekaligus membolehkan Sarawak layak ke Piala Malaysia musim ini.