Ketua jurulatih Sarawak, David Usop mengatakan bahawa beliau tetap bangga dengan persembahan anak buahnya, meskipun tewas kepada Pahang malam tadi.
Menurut David, pemainnya bermain seperti yang beliau rancang, dan mengikut apa yang dibuat semasa latihan.
Dalam perkembangan sama, David turut mengatakan bahawa pasukan Sarawak dan Pahang selayaknya seri, namun Pahang berada di dalam kelas tersendiri apabila memiliki memiliki empat pemain import dan seorang pemain naturalisasi yang berkualiti.
Tambah David, anak-anak buahnya meningkat dengan begitu mendadak, dan ini termasuklah pemain-pemain muda seperti Abdul Rahim, Nur Shamie dan Tomy Mawat yang berjaya menyesuaikan diri di dalam perlawanan dengan cepat.
Sarawak tewas kepada Pahang malam tadi di dalam aksi sulung pasukan tersebut musim ini di Stadium Negeri, dan dijangka bertemu Pulau Pinang di dalam perlawanan seterusnya.