Dato Posa harap peminat kembali ke stadium

Dato Posa Majais, Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) hari ini menyatakan beliau amat berharap peminat akan memberi peluang kepada pengurusan beliau bagi musim 2018.

Posa yang berucap ketika majlis pelancaran jersi baharu pasukan Sarawak FA bagi musim 2018 berkata bahawa beliau sangat berharap peminat akan memberi peluang kepada pengurusan yang kini dibawah naungan beliau.

Posa yang tidak sampai setahun memegang jawatan Presiden FAS turut mengucapkan terima kasih kepada semua penaja pasukan Sarawak FA.

Beliau juga berterima kasih kepada pihak Kerajaan Sarawak yang turut menghulurkan bantuan kepada pasukan dan persatuan.

Sarawak FA melancarkan jersi baharu hari ini di MyDin Petra Jaya dan akan menentang Kuantan FA pada Jumaat minggu ini bagi perlawanan pertama Liga Premier.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top