LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Malaysian Football League (MFL) membuat keputusan untuk menyalurkan sejumlah RM100,000 bagi membantu pemain dan pegawai Sarawak United FC yang mengalami masalah tunggakan gaji.

Keputusan menerusi Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL ke-4 Bagi Penggal 2021-2025 yang dipengerusikan oleh Presiden Dato’ Ab Ghani Hassan semalam itu dibuat bagi meringankan beban yang dipikul oleh pemain dan pegawai terlibat.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

“Berdasarkan laporan yang MFL terima daripada PFAM, barisan Ahli Lembaga Pengarah MFL semalam bersetuju sebulat suara untuk mengambil tindakan segera memotong dana hak penyiaran Sarawak United sebanyak RM100,000 untuk disalurkan kepada pemain dan pegawai yang mengalami masalah tunggakan gaji.

“Pembayaran kepada pemain Sarawak United FC yang terlibat akan disalurkan oleh Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM).

“MFL memandang serius isu tunggakan gaji yang berlaku melibatkan Sarawak United. Justeru MFL mengarahkan Sarawak United untuk menyelesaikan masalah ini dalam tempoh 14 hari berkuatkuasa hari ini dan seandainya gagal berbuat demikian, tindakan susulan akan diambil di mana kemungkinan slot bertanding di TM Piala Malaysia tahun ini tidak akan diberikan,” jelas satu kenyataan rasmi MFL hari ini. – MFL