Pasukan Sarawak FA bimbingan Ian Gillan telah tersungkur di tangan pasukan UiTM FC di Pdang UM malam tadi.
Mendahului dengan jaringan minit ke-34 oleh Bobby Gonzales, pasukan tersebut gagal mempertahankan gol pendahuluan tersebut apabila UiTM FC mengikat kedudukan sebelum babak pertama tamat.
Pada babak kedua Ian mengeluarkan hampir kesemua pemain Sarawak dan memasukkan barisan baharu, dan barisan tersebut terus gagal mempertahankan benteng Sarawak apabila UiTM FC sekali lagi berjaya menembusi gawang gol Sarawak FA pada minit ke-86.
Ketua Jurulatih Sarawak FA, Ian Gillan dalam pada itu menyifatkan perlawanan tersebut menyaksikan pemain muda berusaha keras dan semakin meningkat, sambil menambah bahawa beliau berpuas hati dengan perlawanan pasukan bimbingannya secara keseluruhan, tetapi kecewa kerana tewas.