Pasukan bimbingan ketua jurulatih David Usop hari ini memulakan kempen 2017 dengan sesi latihan pertama selepas rehat panjang berikutan berakhirnya musim 2016.
Pada sesi latihan yang diadakan petang tadi, kelibat hampir semua pemain import Sarawak tidak kelihatan, sekaligus memberi gambaran bahawa kebanyakan mereka mungkin atau sudah dilepaskan daripada kontrak masing-masing.
Sungguhpun demikian, masih terlalu awal untuk mengetahui sekiranya kontrak mereka dipanjangkan atau ditamatkan berikutan belum lagi ada pengumuman rasmi dari pihak Persatuan Bolasepak Sarawak.
Turut menjalani latihan petang tadi adalah beberapa pemain muda tempatan yang dijangka akan diserap oleh pasukan Bujang Senang untuk saingan musim hadapan.
Walaubagaimanapun, status pemain muda tersebut masih lagi di dalam pemerhatian David, dan juga pembantu jurulatih Mohd Azley Abdullah, yang turut memerhatikan sesi latihan petag tadi.
Untuk rumusan perpindahan pemain Sarawak FA yang terkini, sila ke laman web kami ini.