Bujang Senang ke Australia

Pasukan bimbingan David Usop akan ke Australia pada 16 Disember ini untuk memantapkan persediaan mereka menjelang pembukaan Liga Malaysia 2017.

Perkara tersebut telah disahkan Ketua Jurulatih Sarawak, David Usop.

Di Australia, Sarawak akan berdepan Floreqt Anthena, Bayswater dan akhir sekali Perth FC.  Berikut adalah tarikh perlawanan pasukan Sarawak di Australia kelak.

– Floreat Anthena (18 Disember)
– Bayswater (20 Disember)
– Perth SC (22 Disember)

Pasukan Bujang Senang akan turut menggunakan padang dan kemudahan Perth FC bagi menjalani latihan semasa di Australia.

Kembara ke Australia itu dijadualkan berakhir pada 22 Disember, dengan pasukan Bujang Senang kembali ke Kuching pada 23 Disember.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top