Bujang Senang ‘hampir selamat’

Skuad Bujang Senang hanya perlu menang satu daripada dua baki perlawanan yang mereka bakal tempuhi untuk memastikan Sarawak akan kekal di Liga Super pada musim 2016.

Jika jadual perlawanan Liga Super diperhatikan, skuad Bujang Senang boleh dikatakan sudah satu kaki di dalam Liga Super 2016 kerana pasukan ATM FA, yang kini menduduki tangga ke-sebelas (satu anak tangga di bawah Sarawak), perlu menang kedua-dua perlawanan yang mereka bakal tempuhi untuk mengatasi kedudukan Sarawak yang kini mendahului dengan 5 mata.

Tugasan ATM dilihat bertambah sukar kerana mereka perlu bertandang di tempat lawan dengan rekod tanpa kemenangan di tempat lawan setakat ini.

Bagi skuad Bujang Senang, kemenangan ke atas Lions XII di laman sendiri pada Rabu ini akan mengekalkan mereka terus di Liga Super, dan sekaligus melayakkan mereka untuk bertanding di Piala Malaysia musim ini. Keputusan seri menentang Lions XII boleh memudaratkan skuad bimbingan Fuad Grbersik jika ATM menang dalam aksi menentang Sime Darby pada hari yang sama.

Sarawak dalam pada itu tidak harus menunggu sehingga perlawanan terakhir mereka di Liga Super untuk mengesahkan penglibatan mereka di Liga Super musim hadapan kerana pasukan The Red Warriors (Kelantan) adalah satu lawan yang sukar ditumbangkan di Stadium Sultan Mohd IV.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top