Dengan penswastaan Liga Malaysia musim hadapan, skuad Sarawak dikatakan sudah memilih ‘FC Sarawak’ sebagai nama baharu mereka.
Mengikut sumber SarawakCrocs.com, nama baharu tersebut akan menyaksikan Sarawak juga turut mengubah logo pasukan, yakni selaras dengan pertandingan logo yang dijalankan oleh Lea Sports Centre baru-baru ini.
Sumber sama turut memaklumkan bahawa nama tersebut belum rasmi, tetapi ianya dijangka akan menjadi tetap selepas mesyuarat pegawai-pegawai tertinggi FAS.
Penggunaan nama ‘FC’ yang merupakan singkatan ‘Football Club’ memperlihatkan pengaruh kelab-kelab dari Sepanyol yang banyak menggunakan perkataan FC di hadapan nama kelab mereka, jika dibandingkan kelab-kelab Liga Perdana Inggeris yang gemar meletakkannya di belakang.
PESANAN BERBAYAR
Saksikan bintang youtube baru dari Kuching, ‘Sasha Ningkan’ di Festival Media Sosial #LiveKCH pada 12 Sept. 2015 di CityOne Megamall. Selain menyaksikan ‘live performces’ secara acoustic, banyak lagi acara akan berlangsung. Masuk percuma, wifi pun percuma. Mbak kawan!