“Borneo Derby sukar” – Julius Ating

Ketua Jurulatih Sabah FA, Julius Ating berkata bahawa pertemuan Sabah FA menentang Sarawak FA, diibaratkan sebagai ‘Borneo Derby’ adalah satu perlawanan sukar.

Julius yang dipetik akhbar New Sabah Times berkata perlawanan menentang Sarawak FA masih sukar, biarpun mereka kini sedang menghadapi masalah di luar padang.

Tambah Julius, beliau melihat dua situasi sahaja dari Sarawak FA, yakni Sarawak FA tidak akan mempunyai cukup masa untuk membuat persediaan menentang pasukan bimbinganya, ataupun pasukan Sarawak FA telah berjaya melupakan insiden tersebut dan di dalam keadaan terbaik untuk memburu kemenangan di Stadium Likas malam ini.

Julius dalam pada itu tidak mahu mendabik dada dan berpendapat bahawa Sabah FA mempunyai kelebihan bermain di gelanggang sendiri.

Beliau menyifatkan bahawa pasukan bimbingannya akan memberikan persembahan terbaik, dan akan berusaha memungut mata penuh apabila melayan kunjungan Sarawak FA malam ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top