Selepas beberapa tahun digantung akibat campurtangan kerajaan dan politik di dalam arena bolasepak Indonesia, FIFA hari ini telah mengumumkan bahawa penggantungan Indonesia ditamatkan serta merta.
Pengumuman telah dibuat oleh Presiden FIFA Gianni Infantini di Mexico City.
Dalam perkembangan sama, Presiden AFC, merangkap juga Timbaalan Presiden FIFA, Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa mengalu-alukan keputusan tersebut dan berharap ianya menjadi pengajaran kepada mana-mana negara yang mahu campur tangan di dalam hal pengurusan bolasepak.
Penamatan penggantungan Indonesia dari FIFA bermakna Indonesia kini boleh menyertai perlawanan dan pertandingan bolasepak yang dianjurkan oleh FIFA serta sekutunya.
Ia juga bermaksud isu dan permasalahan pemain bolasepak di Indonesia kini boleh dibawa ke FIFA, sekaligus membolehkan pemain negara luar bermain di Liga Indonesia secara sah.
Semasa penggantungan bolasepak Indonesia oleh FIFA, pemain yang bermain di Liga Indonesia berhadapan risiko digantung kerana bermain di dalam liga yang tidak diiktiraf FIFA, sekaligus membantutkan perkembangan bolasepak negara itu.