Bobby Gonzales dipelawa kembali ke Stadium Negeri

Bobby Gonzales dikhabarkan telah dipelawa untuk kembali ke Sarawak sekiranya beliau mahu pada musim hadapan.

Menurut pengacara ASTRO yang berasal dari Sarawak, Dyg Zainatull Aqma, Bobby dipelawa untuk kembali ke Stadium Negeri selepas perlawanan persahabatan Malaysia-Kemboja malam tadi oleh Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Datu Sudarsono.

Tanpa mendedahkan lebih banyak informasi, Dayang mendedahkan bahawa belum ada persetujuan rasmi diketahui.

Bobby telah acap kali keluar masuk skuad Bujang Senang sejak memulakan karier beliau sebagai pemain bolasepak.

Beliau menjadi penjaring terbanyak untuk Sarawak pada musim 2013, sebelum berhijrah ke PDRM pada tahun lalu, dipercayai atas sebab-sebab berkaitan dengan kontrak.

Pada tahun 2014, Bobby menyinar bersama PDRM, dan telah membantu bekas rakan sepasukannya Joseph Kalang Tie menjaringkan gol ketiga di dalam perlawanan persahabatan Malaysia menentang Kemboja malam tadi.

Sama ada Bobby menerima tawaran dari FAS, sama-sama kita nantikan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top