Bintulu cari pemain bola sepak

Pasukan bola seapk Bintulu akan mengadakan sesi pemilihan bagi mencari bakat – bakat baharu bagi mewakili bahagian tersebut pada kejohanan bola sepak akan datang.

Menurut kenyataan ringkas Persatuan Bolasepak Bahagian Bintulu (BIFA), pemain – pemain yang dicari adalah untuk mengisi pasukan Bintulu bawah-25 tahun.

Dalam pada itu, pemain yang berminat untuk menyertai pasukan tersebut dijemput untuk menghadisi sesi pemilihan yang akan diadakan di Stadium Bintulu pada hujung minggu ini (28 dan 29 November) kelak, dari jam 3.30PM.

Antara syarat yang mestik dipenuhi oleh pemain yang ingin mencuba nasib kelak adalah mereka mestilah warganegara Malaysia, dan lahir dari 1995 dan keatas.

Pemastautin Bintulu akan diberi keutamaan dan pemain diminta hadir dengan pakaian bola sepak lengkap.

BIFA dalam pada itu juga memaklumkan bahawa SOP Covid-19 akan turut dilaksanakan sepanjang pemilihan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top