Hari ini pihak kami dimaklumkan berkenaan status pasangan seorang pemain bola sepak yang telah dimuat naik ke laman sosial.

Dalam status tersebut, pasangan pemain tersebut mendakwa bahawa satu pasukan yang bermain di Liga Premier, yang pernah diwakili suaminya belum lagi membayar tunggakan yang dijanjikan.

Pasukan yang disebutkan merupakan pasukan yang gemar mengenakan baju warna merah dan hitam, dan pernah menjuarai Piala FA pada era 90-an.

Berdasarkan grafik yang kami lihat, pemain bola sepak yang terbabit kini sudah tidak lagi bermain untuk pasukan tersebut dan beliau telahpun berhijrah ke satu pasukan yang bertapak di Pulau Pinang.

Status isteri pemain tersebut mendakwa bahawa rumah miliknya perlu dibaiki dan beliau tertanya bilakah bayaran akan dibuat.

Menurut status tersebut lagi, wang tunggakan yang dihutang boleh digunakan untuk banyak perkara.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama hal berkaitan tunggakan atau hutang dibangkitkan terhadap pasukan tersebut oleh pemain sama.

Pemain ini telah sebelum ini dengan sendiri memuat naik status bertanyakan tunggakan yang dijanjikan, dengan pihak berkenaan menjanjikan dan menyatakan bahawa pembayaran telah dilaksanakan.