BFL 2017: Miri FA akhiri kempen di tempat ketiga

Pasukan futsal Miri FA terbukti cemerlang apabila mengakhiri kempen Brunei Futsal League 2017 di tempat ketiga keseluruhan.

Terdahulu, pasukan Miri FA berpeluang untuk membaiki kutipan mata apabila menentang Shah United pada 12 Ogos yang lalu.

Perlawanan terakhir liga buat pasukan Miri ternyata mendebarkan apabila kedua-dua pasukan berbalas-balas serangan.

Namun, pasukan Miri terpaksa berpuas hati mengakhiri kempen liga dengan kekalahan kedua musim ini apabila ditundukkan Shah United dengan keputusan 4-3.

Keputusan tersebut meletakkan pasukan Miri FA sebagai pemenang tempat ketiga edisi sulung Brunei Futsal League. – sarawakcrocs.com

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top