Belum pernah menang sejak 2014

KUCHING – Peminat Bujang Senang pasti berharap bahawa pasukan kesayangan mereka akan mengubah nasib yang belum pernah menang ke atas Selangor FA sejak 2014 malam ini. 

Kemenang malam ini bukan sahaja akan mencerahkan peluang pasukan bimbingan David Usop ke pusingan kedua Piala Malaysia, namun akan juga mengangkat semangat pemain dan peminat yang tercalar akibat kekalahan teruk Sarawak FA kepada JDT Selasa lepas. 

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Posa Majais dipetik akhbar Utusan Sarawak hari ini sebagai berkata bahawa kehadiran peminat di Stadium Negeri malam ini sudah pasti akan membantu pemain ketika perlawanan, sambil beliau mengingatkan pemain agar tidak leka ketka perlawanan. 

Sarawak FA kini menghuni tangga tercorot Kumpulan D di Piala Malaysia dan kemenangan malam ini mampu meletakkan pasukan yang bertapak di Kuching pada kedudukan kedua kumpulan, jika dengan syarat  Terengganu FA gagal meraih mata penuh apabila bertemu JDT FC. – sarawakcrocs.com  

Kemaskini perlawanan akan dibawakan pihak kami melalui akaun media sosial kami seperti di bawah:
Twitter @sarawakCrocs :Kemaskini perjalanan perlawanan
Facebook @sarawakCrocs :Keputusan jaringan sahaja
Instagram @sarawakCrocs :Gambar dari stadium

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top