KUCHING – Selangor FA berjaya membawa pulang mata penuh dari Stadium Negeri malam ini selepas berjaya menundukkan Sarawak FA 2-1.

Pelawat mendahului pada minit ke-39 selepas Francis Forkey Doe mudah menanduk gol pertama hasil tandukan kencang yang gagal diselamatkan Shahril Sa’ari. 

Pada babak kedua, Dzulazlan Ibrahim menambahkan jumlah jaringan pasukan pelawat apabila beliau terpampan bola ke gawang sendiri, sekaligus menyaksikan kedudukan kini 2-0 memihak pasukan pelawat. 

Sarawak FA cuba bangkit selepas itu dan pemain gantian, Shreen Tambi berjaya merapatkan jurang jaringan setelah beliau menampan masuk bola hantaran Sahil Suhaimi pada minit ke-82.

Pasukan bimbingan David Usop itu terus mengasak mencari gol penyamaan, namun kedudukan 2-1 yang memihak kepada Selangor FA kekal sehingga wisel penamat. 

Kekalahan terbaru Sarawak FA itu menyaksikan satu-satunya pasukan dari Borneo itu kekal di tangga tercorot Kumpulan D Piala Malaysia musim ini tanpa sebarang mata. – sarawakcrocs.com 

21 COMMENTS

  1. Tempat sendiri Kalau, memalukan rakyat swak, David pelu letak jawatan, dia mesti bertanggung jawab kekalahan itu. Tak ada alasan untuk kamu David .

  2. Ada statistic match perlawanan DU kah? Spnjng jd coach, brpa percent win/loss/draw.Hehe. Compare dgn RA .😂.

    Apa sebenarnya KPI FAS utk DU?🤔. Tgu jatuh liga n terkeluar piala malaysia kah. Ka DU focus stay jk liga super?🤔

Comments are closed.