Bekas pemain import Sarawak FA sertai pasukan Liga Super

Bekas pemain import Sarawak, Junior Aparecido sah menjadi pemain import pasukan Liga Super Kuala Lumpur FA.

Junior yang pernah menyarung jersi pasukan Selangor FA dan Sarawak FA akan berganding bersama Guilherme De Paulo dan Paolo Josue, yang juga menyarung jersi pasukan yag dikenali sebagai The Hawks.

Ketua Jurulatih Kuala Lumpur FA, Fabio Maciel dalam pada itu dipetik laman Fanskick bahawa beliau sememangnya telah lama mahu membawa Junior ke pasukan bimbingannya, namun peluang tersebut tidak hadir sehingga kini.

Ketika bersama Sarawak FA, Junior telah menjaringkan lima gol daripada 18 perlawanan rasmi, sebelum kontrak beliau berakhir.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top