Beban FAS dalam pembangunan bola sepak diringankan

Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) akan mendapat bantuan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) selepas termetrainya Memorandum Persetujuan (MoA) diantara kedua – dua hari ini.

Menteri Sukan Sarawak, Datuk Haji Abdul Karim menjelaskan bahawa perhatian FAS sebelum ini agak terganggu dengan keperluan mereka untuk menghantar pasukan ke Liga Malaysia dan pada masa yang sama membangunkan bola sepak Sarawak.

Oleh itu, beliau berharap kerjasama diantara SSC dan FAS akan meringankan beban FAS, dan sekaligus memastikan satu pembangunan baharu bagi bola sepak Sarawak.

“Kalau kita nak lihat secara mendalam, kalau diserah kepada Persatuan Bolasepak Sarawak, memang mereka adalah pakar dalam bidang ini, tetapi fokus mereka akan terganggu sedikit.” jelas Abdul Karim dalam sidang media petang tadi.

“Selain daripada menjaga pasukan bolasepak, mereka kena juga kena memastikan pembangunan untuk wanita, belia, remaja, untuk futsal.

“Tidak ada fokus. Itulah sebab kita mengaturkan supaya bab pembangunan, SSC akan memainkan peranan.

“Mereka akan bekerjasama dengan pakar – pakar daripada FAS bergabung untuk mengaturkan pembangunan.

“Sebab itulah kita mengaturkan perjanjian kerjasama dianatar FAS dan SSC dengan harapan kerjasama ini akan dapat megangkat, membuat satu pembangunan yang baru.” jelasnya.

Abdul Karim menjelaskan bahawa kerjasama antara SSC dan FAS merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak bagi memastikan satu pasukan bola sepak yang kuat, serta pembangunan atlit bola sepak, dapat bergerak seiring.

“Di peringkat negeri kita mahukan pasukan yang cukup kuat, tetapi kita memerlukan pembangunan atlit – atlit sukan bolasepak dari bawah.” ujar Abdul Karim lagi.

Biarpun bekerjasama, Karim menolak tanggapan bahawa pembangunan bola sepak akan diserahkan sepenuhnya kepada SSC.

Beliau menjelaskan bahawa kerjasama ini adalah untuk meringankan beban FAS yang dilihat memerlukan bantuan dalam membangunkan bola sepak Sarawak.

Beliau juga menolak dakwaan bahawa FAS harus dipersalahkan atas kekurangan pelan pembangunan bola sepak sedia ada, sambil menunding jadi kepada sistem sedia ada.

“Nak mengatakan beban (untuk menguruskan pembangunan bolasepak) langsung tidak ada, tidaklah.  Tetapi sekurang – kurangnya beban FAS kurang sedikit.

“Apabila saya mengambil alih sebagai menteri sukan, saya ada bertanya kepada FAS berkenaan pelan pembangunan bola sepak, namun nampaknya ia ada kurang sedikit.

“Mereka terlalu fokus denga pasukan utama (pasukan negeri).  Kita tidak menyalahkan mereka.  Masalah ini dalam sistem.

“Apabila kita memberi amanah kepada mereka, ianya menjadi terlalu besar untuk mereka.

“Sebab itulah dengan koordinasi kerjasama seperti ini kita mengaturkan menggunakan akademi SCC kerana SCC mempunyai pusat – kecemerlangan mereka sendiri. Ianya akan meringankan beban FAS.” kata Abdul Karim lagi.

Abdul Karim juga menjelaskan bahawa SSC dan FAS perlu bersama – sama membangunkan bola sepak di Sarawak kerana SSC menjaga semua sukan di Sarawak, dan disebabkan tanggungjawab itu SSC akan dipersalahkan jika sukan bola sepak gagal maju ke hadapan.

“Saya tidak mahu, apabila tiba bahagian bola sepak, bukan di bawah SSC. Saya mahu SSC memainkan peranan.

“Kerana apabila pasukan bola sepak tidak bagus, SSC akan dipersalahkan.

“Jadi sekarang kita mahu kedua -duanya memikul beban sama. Saya mahu SSC juga memainkan peranan. ” jelas Karim lagi.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top