Bekas Ketua Jurulatih Sarawak FA, Awang Mahyan telah menyeru Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) membayar pemain-pemain tempatan gaji yang lebih tinggi.
Beliau yang dipetik oleh akhbar Borneo Post menyatakan bahawa gaji lebih tinggi akan memotivasikan pemain tempatan untuk beraksi lebih baik lagi.
Tambah Awang, beberapa pemain muda Sarawak sudah mula menunjukkan potensi baik, dan FAS harus mempergunakan peluang yang ada untuk terus meningkatkan kemahiran dan potensi mereka.
Beliau dalam pada itu menyokong tindakan Datuk Posa Majais, yang mana merupakan Presiden FAS, untuk menggugurkan pemain import Sarawak FA pada pembukaan jendela perpindahan kelak, sambil menyifatkan bahawa langkah tersebut akan membuka peluang kepada pemain tempatan.