Pasukan Serian FA mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mara ke pusingan akhir Liga Bolasepak Rakyat 2016/2017 petang tadi.
Perlawanan yang berlangsung dalam cuaca yang panas itu ternyata menguji ketahanan kedua-dua pasukan. Namun, pasukan Bachok berjaya menjaringkan gol awal pada separuh masa pertama perlawanan. Separuh masa pertama berakhir dengan jaringan 1-0.
Pada separuh masa kedua, pasukan Serian dilihat menggandakan asakan. Hasilnya, Mahadi Razak berjaya menjaringkan gol penyamaan menjadikan kedudukan 1-1.
Asakan bertalu pasukan Serian terhadap barisan pertahanan Bachok membuahkan hasil apabila mereka melepaskan gol sendiri pada menjadikan keputusan 2-1.
Pasukan Serian mara ke pusingan akhir dengan agregat 4-2 dan merupakan pasukan kedua dari Sarawak yang bersaing di pentas Liga Bolasepak Rakyat dua tahun berturut-turut selepas pasukan Kuching pada musim lalu.
Pasukan Serian kini bakal bertemu pasukan Gua Musang di pentas akhir setelah Gua Musang menewaskan Keningau dengan agregat 4-2.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



anyone else love this as much as me
Tahniah team serian…
Tahniah,,tok bok ngap syot…stdy…
Steady..
Team stahun jagung…..team serba baru……..xpernah ada pengalaman pun main piala sarawak team tok……tp berjaya ke final…..terbaik…….final liga seluruh malaysia gk ya…..mun x terbukak mata dan malu juak cdak player swk xtauk lh……jgn mdh lwn team kpg blh la……team kpg pun…dh sama level…makna nya sama kuat…..swk lwn tgganu level dbah…pa xdpt menang…..apa cita
Hidup serian fa….. Jgn kasi malu swk hooooha… Kasi serian fa lwn swk fa tengok mcm mana….
Berapa menang
meret final yah min
Teruskan jd juara
Steady serian ! teruskn perjuangan, fokus utk terus juara .. kejuaraan kinde kira hadiah gawai jugon inya swk ooohhhha !
Paguh2 serian memang bulah menang
Bangga aku jaji anak masu serian…..cuba la ngundah friendly serian fa lwn sarawak fa….
Serian fam!