Barisan muda jadi taruhan Kuching City

Tuan rumah Kuching City akan mempertaruhkan barisan pemain muda apabila mereka bertemu pasukan Sarawak United FC di Stadium Negeri Sabtu kelak.

Pasukan yang masih lagi mencari kemenangan sulung mereka di Liga Premier itu dilihat perlu melakukan perubahan tersebut ekoran siri kecederaan yang kini melanda pasukan Kuching City.

Kuching juga dikatakan mahu memberi pendedahan kepada pemain muda mereka, sekaligus memastikan sistem penggiliran pemain untuk beraksi adalah seimbang.

Ini diakui oleh penolong jurulatih Kuching City yang menyatakan bahawa pendekatan seperti ini adalah peluang terbaik untuk membentuk persefahaman pemain.

“Tindakan dilakukan ini bukan sahaja mampu memastikan persefahaman pemain sekaligus membiasakn mereka melalui perlawanan kompetitif kata Sharizan kepada akhbar Suara Sarawak.

“Bahkan, ia dapat memberi peluang kepada pemain dari skuad pelapis menigkatkan mutu permainan mereka” katanya lagi.

Dalam perkembangan sama, Sharizan juga memaklumkan Suara Sarawak bahawa pasukan Kuching telah juga menurunkan pemain – pemain muda sebelum ini dan beliau berpuas hati dengan keserasian yang mula ditunjukkan oleh pemainnya.

Kuching akan melayan kunjungan ‘rival-nya’ pada Sabtu ini dengan perlawanan dijadualkan pada jam 8.15PM. – SarawakCrocs.com

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top