Bagaimana untuk menonton perlawanan bolasepak Liga Malaysia di iFlix secara percuma

Beberapa hari lalu, iFlix telah mengumumkan kerjasama dengan Liga Malaysia dengan mambawakan semua perlawanan Piala Sumbangsih, Liga Super dan Piala Malaysia melalui stesen TV digitalnya. Bagi Sarawak FA, perlawanan-perlawanan terpilih juga akan ditayangkan secara langsung di iFlix.

Dalam pada itu, ramai yang bertanya bagaimana mereka boleh menikmati perlawanan tersebut melalui iFlix. Di sini, kami cuba membantu anda dengan menerangkan bagaimana anda boleh menikmati siaran-siaran langsung tersebut.

APA ITU IFLIX?

iFlix adalah satu perkhidmatan yang menawarkan khidmat video atas permintaan melalui rangkaian televisyen digitalnya.  Berlainan dengan stesen TV biasa, iflix menggunakan talian internet untuk membolehkan penggunanya menonton cerita dan juga siaran langsung yang ada ditawarkan di dalam siri rancanganya, dan ini termasuklah Liga Malaysia.

BERAPA KOS UNTUK MENGGUNAKAN IFLIX

Buat masa ini, anda boleh menggunakan iFlix secara percuma selama 30 hari, yang merupakan tempoh percubaan khas bagi penguna baharu.  Jika anda tertarik dengan khidmat iFlix, anda boleh melanggan khidmatnya mengikut jangkamasa keperluan anda, dengan harga minimum RM10 sebulan.

Jika anda melanggan iFlix untuk jangkamasa panjang, diskaun ada ditawarkan seperti yang and boleh lihat dibawah.

Bayaran iFlix mengikut tempoh langganan
Bayaran iFlix mengikut tempoh langganan

MENDAFTAR AKAUN IFLIX

Pendaftaran Iflix adalah percuma bagi semua, dan anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran.  Anda cuma perlu memuat turun aplikasi iFlix di Android Play Store atau di Apple iTunes, dan mengisi borang maklumat sebelum anda mendaftar.

Pendaftaran iFlix di komputer
Pendaftaran iFlix di komputer

Anda juga boleh ke laman utama iFlix melalui komputer untuk mendaftar sebagai pengguna iFlix.

Pastikan anda memiliki email sah dan aktif sebelum mendaftar kerana ianya diperlukan.

MENONTON LIGA MALAYSIA DI IFLIX

Setelah semua pendaftaran tamat, anda kini boleh mengakses rancangan iFlix.

Untuk menyaksikan perlawanan Liga Malaysia di iFlix, anda perlu ke bahagian ‘KEUTAMAAN’ seperti yang ditunjukkan di bawah.

Memilik keutamaan di iFlix
Memilik keutamaan di iFlix

Di sana, anda perlu mencari saluran ‘BOLA UNTUK SEMUA’ dan memilihnya sebagai keutamaan anda seperti di bawah.

Ikon Bola Untuk Senua di iFlix
Ikon Bola Untuk Senua di iFlix

Selepas berbuat demikian, anda kini boleh kembali ke laman utama iFlix (mesti masih dalam keadaan log masuk), dan anda boleh melihat saluran ‘BOLA UNTUK SEMUA’ kini boleh anda pilih dan perlawanan-perlawanan yang ada ditayangkan juga disenaraikan.

Pilihan perlawanan di iFlix
Pilihan perlawanan di iFlix

Klik pada perlawanan yang anda mahu tonton, dan nikmatilah!

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top