Pemain sensasi Sarawak, Joseph Kalang Tie telah mengesahkan bahawa beliau sihat dan boleh bermain menentang Selangor esok.
Menurut Joseph, kecederaan beliau sudah beransur pulih, dan beliau berharap dapat membantu Sarawak di dalam perlawanan getir menentang Selangor esok.
Joseph sebelum ini meragui samada beliau boleh beraksi pada Sabtu ini susulan belum mendapat khidmat nasihat doktor pakar berkenaan kecederaan yang dialaminya ketika menentang JDT.
Dalam pada itu, Shreen Tambi dikatakan bakal menggantikan Ivan Fatic yang digantung satu perlawanan akibat diarahkan keluar padang Sabtu lalu.
Sumber: US