Pemain sayap Sarawak FA, Nur Shamie dilaporkan oleh akhbar Utusan Sarawak sebagai sudah pulih dan bakal kembali membarisi pasukan bimbingan David Usop.
Menurut akhbar berbahasa Melayu itu, Ketua Jurulatih Sarawak FA David Usop telah mengesahkan bahawa Shamie kini sudah pulih dan akan hampir pasti bermain apabila pasukan Bujang Senang bertemu Selangor FA pada 9 Mei ini di Stadium Negeri.
Sungguhpun demikian, David membayangkan bahawa Shamie akan diturunkan sebagai pemain gantian kerana beliau belum cerdas perlawanan.
Sarawak FA kini memiliki misi kritikal untuk memenangi seberapa banyak perlawanan Liga Super bagi memastikan terus kekal di liga tertingi Malaysia itu pada musim hadapan.