Lagenda bolasepak Sarawak, Awang Mahyan mengganggap tindakan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) hanya menyenaraikan pemain dari Sarawak pada musim hadapan sebagai ‘berani’.
Menurut bekas Ketua Jurulatih Sarawak itu, beliau bersetuju dengan tindakan FAS itu, dan merasakan ianya merupakan satu langkah yang bertepatan masanya.
Menurut Mahyan, tindakan FAS itu tidak salah kerana beliau sendiri berbuat demikian semasa beliau menjadi Ketua Jurulatih, dan Sarawak FA pada ketika itu mampu mencabar di Liga Malaysia.
Sebagai tanda sokongan terhadap keputusan FAS itu, Mahyan turut menawarkan diri untuk menjadi pemerhati (scout) ketika Piala Sarawak yang kini berlangsung di Mukah bagi mengenalpasti bakat-bakat muda Sarawak di dalam pertandingan tersebut.
Beliau turut mengesahkan beliau akan ke Mukah untuk Piala Sarawak.