Assyakirin Bintulu belasah Balingian Mukah dalam aksi persahabatan

Pasukan Kelab Bola Sepak Brotherhood & Pride Assyakirin (BPJ FC) dari Bintulu Sabtu lalu telah membelasah pasukan SABERKAS Balingian di dalam aksi persahabatan pertama kedua-dua pasukan.

BPJ FC yang hadir ke Mukah dengan barisan terkuatnya mudah menjaringkan lima gol pada aksi persahabatan tersebut dengan pasukan tuan rumah gagal mendapatkan sebarang jaringan saguhati biarpun berusaha keras pada babak kedua untuk mencari gol tunggal.

Mengikut maklymat yang disampaikan kepada kami, Zuhairi Hipni berjaya meledakkan dua gol di dalam perlawanan tersebut, dengan Mohd. Sabri Ismail, Mohd. Taufik, Mohd. Afis pula meledakkan satu gol masing-masing.

Perlawanan persahabatan pasukan SABERKAS Balingian menentang BPJ FC dibuat hasil jemputan pasukan SABERKAS Balingian.

Di dalam perlawanan tersebut, BPJ FC mengenakan jersi terbaharu mereka yang berwarna biru.

Pada hemah kami, ianya merupakan satu usaha sangat baik di dalam memajukan bolasepak komuniti di peringkat akar umbi, yang secara tidak langsung akan menaikkan lagi taraf bolasepak di Sarawak. – www.sarawakcrocs.com/cdn

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top