Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan Sabah atas perlantikan Presiden SAFA yang baharu. Pertama kali dalam sejarah, jawatan disandang oleh bukan Ketua Menteri.
Perkara positif ini harus mendapat perhatian semua pasukan. Jika anda ingin maju maka inilah perubahan yang perlu dilakukan.
Transisi ini adalah satu nafas baru kepada pasukan Sabah.
Sabah juga kini semakin berbisa di pertandingan Piala Malaysia. Mereka akan turun ke Shah Alam menentang juara 33 kali Selangor.
Kemenangan pasti menjadi hadiah kemenangan terbaik buat presiden baharu ini.
Kemenangan di Shah Alam juga akan menyaksikan Selangor tersingkir dari pertandingan.
Medan balas dendam terbaik buat Sabah apabila sering dikecewakan Selangor di final Piala Malaysia sebelum ini.
Kini semakin banyak pasukan yang menunjukkan perubahan pengurusan yang positif.
Dimulakan dengan JDT dan kemudian Terengganu, kini pasukan Selangor, Perak dan Sabah memperlihatkan minat untuk memulihkan pasukan yang tenat terutama dari segi kewangan.
Sabah dilihat bakal menjadi wakil Borneo pertama yang mungkin kembali ke Liga Super 2020. Dengan pengurusan yang serba baharu, ditambah pengalaman Jelius Ating mengetuai barisan kejurulatihan, Sabah berada di landasan terbaik untuk merebut dua tempat teratas Liga Perdana.
Jikalau FA Sarawak dapat melihat jiran mereka ini berubah, tidak mustahil Sarawak FA juga boleh mencontohi SAFA.
Tidak salah jika kita mengambil contoh yang baik. Ini kerana SAFA membuktikan tanpa bajet yang besar serta pemain bintang mereka masih mampu bersaing dengan pasukan Liga Super.
Cuma persoalannya kembali semula kepada adakah FA Sarawak mahu berubah. Satu soalan yang sememangnya sukar untuk dijawab malah ditanya. Hanya masa menentukan. Sementara itu selamat berjuang kembali di Challenge Cup. – SARAWAKCROCS.COM/JJF
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



swk kurang dana
Sabah ada julius ating…srwk ada jalil rambli
swk gik ngolek bekareh
swk nub
sarawak pun cipta sejarah,sejarah hampir terjerumus ke liga fam
Sarawak fa gantung boot.
Main liga gedong jak….
Kena terapkan mata pelajaran SEJARAH kepada Pengurusan Sarawak…🤣🤣🤣🤣🤣
Team balo2 kito jak..hahahaha
Mun dah stephen chow jd keeper pulang jak
hahaha..patut stephen chow ya jd striker bkn keeper..
Sarawak ada kaki sembang deras.
Sarawak sekali jatuh susah nk bangun sebab tiada pengurusan yg betul betul nk bekerja keras yg ada cuma nk selesa dgn jawatan
Swk bukan kurg dana… Dana ada smua msuk poket…
sejarah tercipta 2018 pertama kali tidak layak beraksi d piala Malaysia
Sarawak pun cipta sejarah lah…sejarah terburuk dalam sejarah…hahaha
Paloi kaloi
Byk sgt kemelut dalaman yg perlu D perbetulkan
Iboh tnyak team sarawak lok nya gik masukan FAS ke pra sekolah.. Permain masuk tadika balit.. Tggu darjah satu krlak bru nnyak
Pengurusan gila kuasa
kuasa adalah segala2 nya, supaya tdak mudah untuk di tarik cuping telinga🤣🤣🤣
Antu…ado juak nyo dlm tk…datuk posa,mn x ckup budak milo ambik biak tk.