Anak Sarawak kuasai Piala Tun Sharifah Rodziah 

Berakhirnya kejohanan bolasepak wanita berprestij Malaysia, Piala Tun Sharifah Rodziah turut menyaksikan dominasi anak Sarawak yang disenarai antara pemain terbaik kejohanan. 

Anugerah Kasut Emas menyaksikan pemain PDRM yang turut merupakan anak Sarawak yang berbangsa bidayuh, Angela Kais dinobatkan sebagai penjaring terbanyak dengan 9 gol. 

Penyerang pasukan Sarawak, Siti Rohani Saptu dinobatkan Pemain Terbaik apabila menjaringkan gol tunggal pasukan Sarawak. 

Dominasi anak Sarawak tidak terhenti di situ sahaja, apabila Asma Junaidi yang juga penjaga gol kebangsaan muncul Penjaga Gol Terbaik kejohanan. 

Hanya satu anugerah sahaja gagal dirangkul anak Sarawak apanila pasukan Pahang dianugerahkan ‘Fair Play Award’ untuk kejohanan tersebut. 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top