Pasukan wanita Sarawak FA menundukkan pasukan Kedah FA petang tadi di Stadium Miri untuk menobatkan mereka juara baharu Piala Tun Sharifah Rodziah.

Kejayaan ini tercipta setelah pasukan Sarawak berjaya menewaskan pasukan Kedah dalam aksi dramatik dan penuh aksi perlawanan akhir Piala Tun Sharifah Rodziah di Miri, petang tadi. 

Pasukan Kedah yang turut dibarisi pemain-pemain dari daerah Kota Setar, juara Liga Bolasepak Rakyat Wanita tahun ini turut merupakan lawan sebenar pasukan Sarawak yang tidak pernah kalah mahupun bolos sebarang gol sepanjang peringkat kumpulan, suku akhir dan separuh akhir. 

Pasukan Sarawak turut melangkah ke final dengan semangat yang tinggi apabila menang keseluruhan perlawanan peringkat kumpulan dan turut sama tidak pernah bolos dalam mana mana perlawanan. 

Pasukan Sarawak dilihat lebih menguasai permainan dengan gerakan-gerakan pantas dan bertenaga oleh barisan serangan, tengah dan pertahanan. Malah, pendekatan taktik yang digarap oleh ketua jurulatih Encik Hakimi Man berjaya mendominasi bahagian tengah pasukan. 

Biarpun pasukan Kedah mempunyai kelebihan teknikal dan kemahiran individu, pasukan Sarawak masih mampu menyerap setiap gerakan dan berjaya menjaringkan gol. 

Gol tunggal pasukan Sarawak hadir pada minit ke 36 apabila kapten pasukan Kedah membuat hantaran lemah kepada penjaga gol, lantas berjaya dirampas Siti Rohani dan meledakkan rembatan padu ke gawang Kedah. 

Gol pendahuluan tersebut berjaya dimanfaatkan dengan memantapkan jentera pertahanan hingga separuh masa pertama tamat.

Aksi separuh masa kedua menyaksikan pasukan Sarawak dalam mod bertahan dan melancarkan gerakan-gerakan “counter attack” apabila pasukan Kedah melakukan kesilapan. Pasukan Kedah hampir menjaringkan gol dalam separuh masa kedua, namun keampuhan barisan pertahanan dan kemahiran penjaga gol Sarawak, Asma Junaidi bertindak cemerlang untuk mengecewakan pasukan Kedah. 

Akhirnya, wisel penamat dibunyikan menandakan terciptanya sejarah untuk pasukan Sarawak apabila menjulang Piala Tun Sharifah Rodziah edisi ke 30 buat pertama kalinya. 

Comments
SHARE
Previous articleDua tonggak tiada malam ini
Next articleAnak Sarawak kuasai Piala Tun Sharifah RodziahΒ 

A typical ‘Kaki Bangku’ but has experience in goalkeeping and defending. Based in Kuching, and has retired from any competitive football, except the ones on Football Manager (the Game)

47 COMMENTS

  1. Bangga aku lihat sarawak tok…mengikut statistik aku..sarawak bukan saja juara piala, tapi juara tanpa kalah, juara tanpa bolos…steadylah…harap kemenangan tok dapat dijadikan ikutan skuad lelaki sarawak

  2. Juara Piala Tun Sharifah Rodziah sejak 1976.
    1976 singapura
    1977 singapura
    1978 singapura
    1979 singapura
    1980 singapura
    1981singapura
    1982 selangor
    1983 singapura
    1984 johor
    1985 selangor
    1986 johor
    1987 johor
    1988 sabah
    1989 johor
    1991 sabah
    1992 sabah
    1993 sabah
    1994 sabah
    1995 sabah
    1996 sabah
    1997 sabah
    1998 sabah
    1999 PDRM
    2000 PDRM
    2002 PDRM
    2003 sabah
    2004 sabah
    2015 MISC-MIFA(Malaysian Indian Sports Council-Malaysian Indian Football Association)
    2016 MISC-MIFA
    2017 sarawak

Comments are closed.