Aksi Antik Syed Saddiq : Masa Depan Bola Sepak Malaysia Terancam Sanksi FIFA.

Inilah akibatnya apabila kalangan VIP kita hanya turun ke stadium atau venue hanya ketika final atau kejohanan besar sahaja. Mereka tidak akan faham kehendak penyokong.

Dikala media massa dan sosial berganding bahu menyeru penyokong turun ke stadium, pihak pengelola kejohanan masih dalam keadaan separa mengantuk dan tidak pernah bersedia.

Malaysia bukanlah asing dalam menganjurkan kejohanan antarabangsa yang besar. Namun masalah tiket masih menjadi penyakit dikalangan persatuan kita ini. Seolah-olah ia diuruskan oleh orang yang tidak faham selok belok bola sepak negara.

Inilah yang berlaku di Kejohanan AFC Bawah 16 yang hangat diperkatakan di media. Isu kemasukan percaya atas arahan Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq telah dikecam hebat dan jika tersabit kesalahan bola sepak Malaysia bakal menghadapi sanksi FIFA.

Perkara jualan tiket ini berulang seperti di Sukan Sea 2017 lalu. Alasan penganjur bahawa mereka tidak menjangkakan ramainya penyokong yang akan hadir menunjukkan yang mereka sememangnya naif dalam senario bola sepak Malaysia.

YB Bro Saddiq pula cuba menjadi hero dengan harapan imej politiknya meningkat dilihat terlalu amatur dalam menangani masalah itu. Akhirnya pihak AFC akan membuka kertas siasatan terhadap insiden itu kerana berlaku pencerobohan keselamatan. Satu isu yang cukup besar.

Selain itu ianya umpama satu hukuman kepada mereka yang tiba awal dan beratur membeli tiket. YB Bro Saddiq seolah-olah mendidik penyokong supaya tiba lewat dan menanti keputusan hero untuk memberi kemasukan percuma. Inikah wajah Malaysia Baharu jika mentaliti ini diteruskan.

FIFA tidak akan teragak-agak menggantung keanggotaan Malaysia jika jelas terdapat campur tangan kerajaan.

Lihat apa yang terjadi kepada Kuwait dan Indonesia. Saya rasa sudah tiba masanya YB Bro Saddiq melantik pakar undang-undang bola sepak FIFA dan AFC untuk menjadi orang kanan YB Bro Saddiq.

Seharusnya FAM yang dipersalahkan.

Apa guna memakai baju “coat” di tengah panas tetapi isu tiket masih gagal diselesaikan. Ini bukan sains roket. Hanya membuka lebih kaunter di kesemua lima pintu masuk Stadium Nasional sudah membantu.

Jangan kerana tindakan hero YB Bro Saddiq Malaysia disanksi oleh FIFA. Cukuplah dengan politik. Panggil wakil penyokong dan berbincang. Isu jualan tiket ini mudah tetapi ia seakan-akan menjadi barah dalam sukan di Malaysia. Fikir-fikirkanlah.

SARAWAKCROCS.COM/JJF

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top